Sekolah Rendah SK Seksyen 6

Assalamualaikum...

Harini Faiz ada melawat sekolah Faiz dekat Seksyen 6. Nama sekolah tu SK Seksyen Enam. Banyak kenangan kat sini. Macam2 la. Ponteng kelas la, sorok report laporan la, mengada2 nak ada kakak angakat sedangkan dah ada ada kakak sendiri & macam-macam la. Hahaha..., pergi melawat dalam pukul 3 petang camtu. Nak masuk tadi ingatkan dapat jumpa cikgu Fatimah tapi tak dapat sebab dah pencen. Last2, baru tahu yang jiran rumah kami kat Ken Rimba ni adik kepada Cikgu Fatimah. Kenangan aku ngan cikgu Fatimah ni satu je yang ingat. Cikgu Fatimah rajin bagi aku gula free. Baik kot. Um, time datang tadi, tengok surrounding sekolah almost 70% sama macam aku sekolah kat situ dulu. Aku sekolah kat situ 3 tahun je sekitar tahun 2001-2003. Ingat lagi kenangan lepas habis pekse. Dulu setiap kali habis exam, mesti ada kawan2 yang bawa gameboy konon2nya nak bagi aku cemburu. Tapi memang betulpun aku cemburu. Nak beli gameboy memang tak mampu. Dengan ibu ngan ayah faizpun garang semacam je. Dah besar panjang ni, baru dapat rasa bukan senang tau nak jadi ibu ngan ayah ni. Hope korang jaga diorang elok2 ye.


Sekolah ni, walaupun kejap dalam 3 tahun gitu, memang banyak mengimbau kenangan tau. Aku ingat lagi, time darjah satu, aku takut giler ngan tandas jenis flash yang kat atas. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab tinggi kot. Dulu sanggup nak balik jumpa ibu semata-mata nak buang air besar kat rumah tau. Dulu korang pernah tak dapat air milo free? Alaa...,setiap kali kunjungan Lori Milo, Vitagen & lain2 nak promote kat murid2 kat sekolah tuk beli barang diorang & testing product diorang. Aku suka gila setiap kali lori Milo datang. Dulu setahun bukan sekali datang, Dalam 3 kali datang kalau xsilap. Hahaha..., aku dulu suka main curi2 air. Maksud aku curi tu, time budak2 lain xnak minum air milo...,faiz suruh jela diorang ambil air & then bagi faiz. Kira Faiz tukang minum jelakan. Jangan pelik pulak tau, diorang yang tak minum air ni sebab diorang alergic apa tah. Aku serius tak ingat.

Nie gambar sepanjang aku melawat tu...



Dulu kat sinilah kami suka tangkap belalang. Macam2 keturunan belalang kami jumpa. Hehehe


Surau sekolah. Setiap hari sebelum masuk ke kelas, mesti nampak abang & kakak hensem cantik tengah gardening kat situ.


Pemandangan Dari atas. Cantikkan? Sekolah ni dah lama kot. Faham2lah ye.


Koperasi Sekolah. Dulu, aku geram dulu bila ayah ajak teman beli buku. Mana taknya, ajak hari sabtu atau ahad. Faiz dah la nak tengok Dragon Ball ngan pokemon. Hahaha,


Dulu area belakang sejolah ni sempit tau. Sekarang dah advance dah. Luas kot sekolah ni.


Setiap kali rehat, wajib singgah sini. Rajin sebab suka tengok air kat taman ni.


Pejabat Sekolah. Dulu rajin datang pejabat sebab nak balik rumah. Aku tak suka toilet sekolah ni. Dulu jela,sekarang aku dah boleh adapt. Time aku masuk sekolah ni, terkejut jugak aku tengok. Toilet siap ada kipas. Korang hado? 


Tak berubah sampai sekarang kantin ni. Dulu ingat lagi, aku suka gila tarik tudung buduk perempuan. Takde keje memanglah. Namanya Afiqah. Die memang pandai kot. Yang sorang lagi namanya Fatihah. Si Afiqah & Fatihah ni selalu compete nak dapat no.1. Hahaha...., terlebih story pulak.


Padang ni banyak berjasa dengan aku. Aku dapat banyak pingat emas darjah 2 & 3 sebab aku geram ngan sorang budak kalau tak silap aku namanya Nazrin. Hope I can find him & ngeteh with him one day. Um, jangan ingat lembut disangka lembut. Hahaha.



Nak jumpa kawan2 lama memang susah. Kalau jumpapun, ada ke diorang aku. Akupun xberapa ingat nama. Setakat nama Rauf, Nazreen ngan Naufal jelah yang aku. But seriuously, chance nak cari diorang adalah 0.1%. Thats all from today. Juz sharing moment. K bye

Faizzarul Mohd Fadzli

No comments:

Post a Comment

SUBSCRIBE